Thursday, January 12, 2012

Sempena Ulang Tahun Abah

Sebelas haribulan satu,

Kami bercerita tentang
rahsia wajah yang
terukir senyum tanpa ada
ketawa melampau.
Kami mengenang dia
yang menjunjung letih
dan rasa payah tanpa
secuit keluh dan suara resah.
Kami terdengar-dengar
marahnya yang hanya mendiam
diri pantas memukul
benak jiwa dan hati.
Kami mengagumi dia
yang memberi bekal
ilmu penerang jalan
untuk kami menjadi kami.

Sedangkan kami jauh lagi jalannya
untuk sepertinya.

* Oh... Ulang tahun abah sama dengan ulang tahun Siti Nurhaliza.

0 comments: