Membuka tahun ini cerpen Masjid Tua Berwarna Hijau terbit di Mingguan Malaysia pada ahad semalam, 8.1.2012. Sebenarnya saya pernah menghantar cerpen ini ke Berita Minggu, kira-kira tiga bulan sebelumnya, dengan tajuk Masjid Tua. Lama saya menunggu untuk diterbitkan. Malangnya tiada berita dan saya beranggapan cerpen ini tidak mempunyai daya penarik buat editor BH. Mungkin juga persaingan daripada penulis-penulis terkenal yang lain membuatkan cerpen saya tiada ruang.
Bagi tidak membazirkan cerpen yang saya buat, saya cuba menghantar ke Mingguan Malaysia. Dan, alhamdulillah, lebih kurang seminggu sahaja daripada emel dihantar, cerpen itu terbit. Saya sangat berterima kasih kepada Ku Seman Ku Hussein yang memilih cerpen ini.
Saya percaya, gagal kali pertama bukannya tiada jalan untuk cerpen itu terbit. Yang penting ialah usaha kita. Perbaiki segala kelemahan yang ada dan tambah ramuan bagi menjadikan ia lebih hebat.
Dan, setiap kali cerpen saya tersiar, semangat menulis dan untuk ‘berlari lebih jauh’ saya membara dan berapi.

Bagi membaca cerpen tersebut klik di sini
3 comments:
tahniah tuan.. tak perasan pula, nanti balik rumah saya baca..
Sama-sama tuan jask. - mkriza
Tahniah Tuan. Bukan senang mahu melaihat karya tersiar di Mingguan Malaysia. Saya juga bersetuju karya yang pertama yang tidak tersiar jika di hantar ke sesebuah media bukan titip penamat untuk karya itu mendapat tempat di media lain. Sudilah berkongsi pendapat dengan saya di blog saya. Harap tinggalkan jejak
Post a Comment