Kita memang suka mengharamkan itu, mengharamkan ini. Namun apabila sesuatu benda itu diharamkan, penguatkuasaannya tiada. Kita kata hotel itu haram kerana tidak mendapat sijil halal. Hotel itu masih tercongok di situ. Mereka yang mengucap kalimah syahadah masih lagi makan di situ. Kita kata hubungan sejenis itu haram, tapi dengan selambanya Seksualiti Merdeka bebas mempromosi perlakuan-perlakuan yang haram itu. Kita kata mahu banteras kegiatan haram cetak rompak tapi pasar malam dan di kaki lima masih berlambak peniaga CD yang mengaut untung. Kita kata main judi itu haram, tapi yang beratur panjang di kedai-kedai judi banyak juga batang tubuh persis Melayu. Dan, kita terus-terusan mengatakan itu haram, ini haram.
Dan yang paling kasihan, kita kata hidrogel itu diharamkan. Tapi bebola kristal, baja untuk tumbuhan hiasan itu masih dijual di kedai-kedai tanpa rasa salah. Simpati buat adik Ifti Ilya Farhana yang tidak tahu apa-apa. Dik, nak buat macam mana, kita berada di negeri haram, barangkali.

0 comments:
Post a Comment