Saudara RMN, saya, dan Zulkarnain (Majalah Mastika)Saya memang tiada baju batik. Saya tidak perlu berbaju batik setiap kali Khamis. Apabila menerima undangan HSKU dan sahabat itu mengatakan lebih baik berbaju batik, maka saya bergegas mencari baju batik sekitar bandar Taiping. Saya mencari baju batik yang berharga murah. Maklumlah, baju batik ini bukannya selalu saya akan pakai. Jadi saya sedikit kedekut untuk mengeluarkan belanja yang mahal-mahal. Isnin, isteri saya kurang sihat. Kemudian, saya pula kurang sihat. Hari itu, kami tidak bekerja. MC.
Pukul 1.30, saya bertolak pulang ke KL dari Changkat Jering. Sampai di KL, hujan menyambut saya. Macam diduga. Bukan sahaja KL yang hujan setiap petang, bandar Taiping juga begitu. Kampung saya juga begitu. Dilimpahi rahmat hujan. Saya berdoa agar hujan berhenti. Maklumlah saya ke Royale Chulan dengan menaiki motosikal. Kalau hujan tentu saya kebasahan.
Sampai di rumah pukul 6 petang. Di luar gelap. Hujan masih renyai-renyai. Semuanya perlu dilakukan segera. Menyerika baju batik. Melihat kembali peta ke Royale Chulan di Internet, menelefon bapa saudara yang sangat arif jalan KL dan menjamah nasi yang dibekalkan isteri. Pantas! Macam Amazing Race pula.
Dan Tuhan mendengar doa saya. Hujan berhenti tiba-tiba. Royale Chulan saya dapat cari tanpa sebarang masalah. Hanya dengan bertanya kepada seorang lelaki penunggang motosikal ketika kami sama-sama menunggu lampu isyarat bertukar warna. Dia, lelaki yang baik hati, memberikan petunjuk ringkas dan sangat membantu.
Saya sampai awal. Bersolat Maghrib terlebih dahulu dan kemudian ke acara yang belum berlangsung. Mencium bau HSKU. Melihat sasterawan, penulis dan penggemar buku lalu lalang serta membelek buku-buku yang dijual.
Di Royale Chulan, saya melihat betapa HSKU mengangkat tinggi sastera. Acaranya berlangsung penuh mesra. Tajaan daripada Exxon Mobil ialah kekuatan utama anugerah ini. Malah saya terharu apabila Pengerusi Subsidiari-Subsidiari Exxon-Mobil Malaysia, Hugh W. Thompson bersungguh-sungguh membaca ucapannya dalam bahasa Melayu. Menulis tentang tajaan, saya terfikir, dimanakah syarikat Korporat Malaysia? Apakah mereka tidak berminat menaja acara sastera yang dikatakan tidak bernilai tinggi? Sama-samalah kita fikirkan.
Di majlis ini juga saya bertemu kawan-kawan lama dan baharu. Bertemu saudara Ashraf Adrutdin, lulusan Sains yang gemarkan sastera, blogger Kaki Sakat (saudara Nasser) yang duduk di sebelah saya dan sangat mesra, bertemu dua orang penulis Cina yang pernah memenangi HSKU kategori karya Inggeris beberapa tahun lampau, iaitu Encik Chin Han, seorang akauntan dan Mrs. Teoh Choon Ean, mantan pegawai di Pusat Perkembangan Kokurikulum, berbual dengan Timbalan Presiden Mabopa dan orang kuat syarikat penerbitan E-Media, Tuan Ishak, memperkenalkan diri kepada Dr Ghazali Lateh, penulis hebat dan berbual panjang dengan Ketua Pengarang Bahagian Majalah Utusan Karya, Encik Zulkarnain Zakaria.
Tidak ketinggalan juga, sempat bersalam dengan pensyarah saya dan Presiden Pena, Dr Saleh Rahamad, berbual dengan bekas tutor saya, saudara Zubayry Abady yang kini bekerja di Institut Integriti Malaysia. Bergambar dengan SM Zakir, menegur Ummu Hani dan suaminya, berbicara singkat dengan penulis baharu yang memenangi HSKU kategori novel, Mohd Teja (Mohd Syukri Rosli) dan sempat bersalam dengan TPM Tan Sri Muhyidin Yaasin.
Terima kasih buat sahabat saya saudara Rozlan Mohd Noor @RMN (celikhuruf) yang mengundang ke HSKU. Sebelum pulang, beliau sedikit memberikan cabaran. “Tahun depan aku nak kau naik pentas,” saya meng"IsyaAllah"kan dalam hati.

Malam itu, saya berasa puas dan bersemangat walaupun saya tiba di rumah pada pukul 11.30 dalam keadaan basah lencun. Hujan di KL turun lebat.
3 comments:
Salam,
Tahun lepas, Mat Saleh itu (yang sama agaknya) pun berucap dalam bahasa Melayu juga. Hebat keinginannya walaupun sekadar membaca ucapan.
berusaha moga tahun depan iman dapat lihat ayah naik pentas menerima anugerah...amin
Enzul: Ya, Mat Saleh yang sama. Bersungguh dia berucap dalam BM walaupun ada yang senyum sinis.
Ummi: InsyaAllah Ummi. Dorongan Ummi dan Iman.
Post a Comment