Monday, November 14, 2011

Cerpen Hantu Istana Kellie; Sedikit Tentang di Balik Tabir Penulisannya.





Lama sudah saya mahu menulis tentang Istana Kellie. Itulah monumen yang saya sering lihat setiap kali pulang ke Batu Gajah Kemudian, terdengar ura-ura istana itu akan diperbaik dan diberikan nafas baru. Dengan segala unsur mistik yang ada, lagenda, kisah cinta, simbolik ekonomi Malaya, saya kira Istana Kellie tidak perlu perubahan drastik. Biarlah seperti asalnya. Cuma baiki mana yang perlu dan berpadanan sahaja.

Kemudian lahirlah cerpen Hantu Istana Kellie. Saya cuba hantar ke Mingguan Malaysia walaupun pada asalnya bimbang ditolak. Maklumlah, saya bukannya siapa-siapa. Selepas pergi ke Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, saya begitu teruja untuk jadi seperti pemenang. Saya emelkan sahaja cerpen itu, tanpa berfikir tentang ketakutan dan kebimbangan.

Ahad, 13.11.11. Cerpen itu terbit di Mingguan Malaysia selepas dua minggu saya menghantarnya. Saya begitu terkejut. Benarlah kata-kata Jack Canfield dalam bukunya The Success Principles - penolakan adalah mitos. Ya, benar-benar mitos. Buku ini juga membicarakan tentang penolakan dan kebimbangan yang tidak berasas dan langsung mengubah dunia. Benar-benar berlaku kepada saya.

Dalam kereta, saya menunjukkan cerpen itu kepada isteri dan menerima ucapan tahniah daripadanya. Sufi Nur Iman (SNI) pula menunjuk-nunjuk gambar saya sambil mengucapkan “ayah... ayah... ayah”. Dan, momen itu memang mengujakan.

Benar, inilah cerpen saya yang pertama ditulis sejak SNI lahir. Ahh, rupanya dah lama saya tidak menulis cerpen.




Klik sini untuk membaca cerpen.

0 comments: