Hari ini 11.11.2011.
Dan, masing-masing mahu bernikah pada tarikh ini. Bertunang pada tarikh ini. Bersalin pada tarikh ini dan macam-macam agenda dunia mahu diadakan pada tarikh ini. Kata mereka tarikh ini cantik. Agaknya masyarakat kita memang sukakan angka. Malangnya, konotasi “masyarakat kita” itu tidak diambil kira masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu juga sukakan nombor, tapi dalam hal yang berbeda-beda. Dalam hal angka melibatkan soal tambah, darab, bahagi dan tolak, orang Melayu masih di belakang, saya kira. Malah begitu juga dalam hal-hal perniagaan. Kita masih jauh dan perlu banyak belajar dan menimba pengalaman.
Ya. Sudahlah. Tiada apa pun yang menarik tentang angka dan tarikh ini. Kecuali, hari ini ialah hari Jumaat. Penghulu hari dan sangat barakah.
Mari kita meninjau dan mengingat kembali sejarah yang kalian pernah belajar. Ya, kalian tentunya pernah belajar tentang persatuan ini. Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM). Sahabat Pena? Ya. Mungkin ada yang tidak tahu tentang maksud sahabat pena. Maklumlah, ini zaman Twitter. Ini zaman Facebook/FB. Zaman MMS dan SMS. Dan segala macam media baru.
PASPAM bukanlah organisasi politik. Namun, persatuan ini adalah wadah pemula kepada penubuhan organisasi politik. Membanggakan, PASPAM ialah persatuan Melayu pertama yang pergerakannya meliputi seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Malah ketika itu, PASPAM adalah persatuan yang mempunyai keanggotaan paling ramai. Guru, petani, kakitangan kerajaan, dan pedagang – semuanya menjadi ahli PASPAM tanpa mengira latar belakang.
PASPAM menggalakkan perkembangan persuratan Melayu. Ahlinya digalakkan bertukar-tukar pendapat dan saling kenal mengenal. Sekaligus, secara tidak langsungnya membawa kepada penyatuan dan perpaduan kaum yang akhirnya dapat memajukan bangsa dan negara.
Tanggal 11.11.1934, Persidangan Kebangsaan PASPAM kali pertama diadakan di Taiping Perak. Perwakilan yang hadir terdiri daripada anggota sahabat pena dan gerakan nasionalis Melayu seperti Sayyid Alwi Al-Hady, S.M. Zainal Abidin, Sheikh Abdullah Al-Maghribi, Hamidun Mohd. Hashim dan Haji Kassim Adam Al-Rembaui.
Hanya dengan surat, tulisan dan hubungan persahabatan ahli-ahli PASPAM disatukan dengan padu. Meluahkan pendapat bernas, merangka gerak kerja untuk menggabungkan rakyat dengan objektif menghalau penjajah dan memerdekakan negara.
Bagaimana kita hari ini? Dengan segala macam media baru, apa peranan kita dalam menyatukan umat? Pernahkan kita menggunakan FB atau Twitter untuk menyatukan orang kita. Ahh, lupakan.... Kita senang dengan status FB yang mudah-mudah, peribadi dan mengkritik sana mengkritik sini tanpa kita sedar untuk memuhasabah diri sendiri.

0 comments:
Post a Comment