Roti canai banjir sudah habis. Tosai juga sudah habis. Teh tarik tinggal separuh sahaja lagi. Ramli di kedai mamak. Di layar besar TV, berita melaporkan tentang harga tiket perlawanan Piala Malaysia yang mendadak naik.
“Orang atas memang kejam. Tak fikir langsung rakyat marhaen yang susah ini. RM50 itu boleh beli macam-macam. Tahun depan aku tak akan undi UMNO lagi,” Ramli bebel-bebel, diselangi carut marut.
“Mamak, rokok dua kotak,” jerit Ramli. “Dunhill tau,” sambungnya. Ramli terus marah-marah.
“Orang atas memang kejam. Tak fikir langsung rakyat marhaen yang susah ini. RM50 itu boleh beli macam-macam. Tahun depan aku tak akan undi UMNO lagi,” Ramli bebel-bebel, diselangi carut marut.
“Mamak, rokok dua kotak,” jerit Ramli. “Dunhill tau,” sambungnya. Ramli terus marah-marah.
9 comments:
Ramli balik ke rumah. Sambil menyumpah-nyumpah FAM, Ramli mengeluarkan DUnhillnya.
"Berenti la bang merokok," kata bini Ramli. Bibirnya terjuih-juih. Ramli melihat bininya yang dulu bersaiz M, tetapi kini bersaiz XXXL.
"Kau tau?" tanya Ramli.
Bini dia terkelip-kelip.
"Aku ni seorang pejuang," sambung Ramli.
Dan seperti penagih nikotin yang lain, Ramli pun mula bersyarah.
Bersyarah tentang keringat seorang penanam tembakau. Bersyarah tentang anak-anak penanam tembakau yang membayar yuran dengan duit jualan daun tembakau. Bersyarah tentang penanam tembakau pergi ke Mekah dengan duit jualan daun tembakau.
"Banyak jasa aku sebenarnya," kata Ramli.
Ramli balik ke rumah. Sambil menyumpah-nyumpah FAM, Ramli mengeluarkan DUnhillnya.
"Berenti la bang merokok," kata bini Ramli. Bibirnya terjuih-juih. Ramli melihat bininya yang dulu bersaiz M, tetapi kini bersaiz XXXL.
"Kau tau?" tanya Ramli.
Bini dia terkelip-kelip.
"Aku ni seorang pejuang," sambung Ramli.
Dan seperti penagih nikotin yang lain, Ramli pun mula bersyarah.
Bersyarah tentang keringat seorang penanam tembakau. Bersyarah tentang anak-anak penanam tembakau yang membayar yuran dengan duit jualan daun tembakau. Bersyarah tentang penanam tembakau pergi ke Mekah dengan duit jualan daun tembakau.
"Banyak jasa aku sebenarnya," kata Ramli.
Bini Ramli diam. Dia terkedek-kedek menuju ke arah Ramli.
“Abang tau,”
Giliran Ramli pula berkelip-kelip.
“Saya juga pejuang,” sambung Bini Ramli.
Dan macam bini-bini penagih tegar nikotin yang lain, bini Ramli berceramah tentang pencemaran udara yang menyebabkan hidupnya dan hidup anak-anaknya singkat. Tentang langsir yang ditegur jiran bermulut murai yang tidak habis memperli bau rokok melekat di situ dan tentang arwah ayahnya yang tidak sempat ke Mekah kerana meninggal awal akibat terlalu kuat menghisap rokok.
“Abang tau, saiz badan saya berubah pun disebabkan asap rokok tau,”
Ramli masih berkelip-kelip. Dia gagal sains. Makanya, logik tentang ayat itu juga gagal difahaminya.
Ramli diam sahaja. Dia tak membalas kata-kata bininya itu.
Ramli tak mahu bergaduh dengan bininya itu.
Kata Ramli dalam hati, “Malam ini malam Jumaat. Tak baik gaduh-gaduh dengan bini. Nanti sendiri yang gigit jari.”
Ramli bingkas bangun. Ramli menekan butang off pada alat kawan jauh TV. Kemudian Ramli menekan pula suis lampu. *tap*
Rumah gelap gelita.
“Bang oiii. Baru jam 8.15 malam. Buletin Utama baru je rstart. Takkan dah tarik tangan saya masuk bilik,” kata bini Ramli dalam kegelapan.
“Dia-diam jer lah. Tak baik lawan suami. Tak cium bau syurga,” kata Ramli, pelan-pelan.
"Tapi saya nak baca Yassin," kata bini Ramli.
"Bidaah semua tu,"
"Mak, kitaorang nak makan nasi," anak Ramli menjerit.
Ramli geram. "Orang diabetes mana boleh makan nasi malam-malam," jerit Ramli.
Anak Ramli terkelip-kelip.
Semenjak Ramli pandai bermain fesbuk Ramli sudah tahu menyebut tentang bida’ah. Bini Ramli kata, Ramli sudah menjadi pengikut Dr Asri.
“Aku bukan pengikut Dr. Asri. Aku bukan Wahabi. Tapi aku suka Ustaz Zamihan,” selalunya itulah yang dikatakan oleh Ramli apabila bini dia membebel tentang bida’ah.
“Mak, lapar ni. Nak makan nasi,” kedengaran anak ramli separuh melaung, separuh menangis di ruang dapur.
*tap*. Ramli tekan suis lampu. Serta-merta bilik jadi cerah.
Ramli ke dapur. Bininya menyusul dari bari belakang.
“Jangan makan nasi banyak sangat. Nanti beras habis,” kata Ramli sambil mengetatkan simpulan kain pelekatnya.
“Kalau beras habis, along boleh tolong pergi belikan kat kedai Pak Ngah Misai,” kata anak Ramli.
“Hah, tu la korang. Asyik berfesbuk saja. Buletin Utama tak nak tengok. Boikot konon. Banyak cerita politik tipu-tipu konon. Kecik-kecik dah pandai main politik. Thailand banjir besar. Banyak sawah padi tenggelam. Nanti beras siam tak dapat masuk Malaysia.” bebel Ramli. macam cikgu disiplin.
“Saya yang tak mahu diorang tengok Buletin Utama, bang. Dah tak tau mana satu berita, mana satu video lucah. Sama jer saya nengok,” jawab bini Ramli. Tangannya ligat menceduk nasi ke dalam pinggan anaknya.
"kalau macam tu, kita order pizza sajalah.. tengok ni, beli satu percuma satu, baru RM25.00," anak Ramli yang kedua mencelah sambil menunjukkan iklan yang baru diambilnya dari kotak surat.
"Tak payah kamu semua nak makan makanan barat, nanti terikut-ikut budaya barat," jawab Ramli. Di ruang fikirannya terlintas matematik ringkas; RM25 = 2 1/2 kotak rokok.
"Alah, setakat pizza tu mak pun tau buat, tapi cheese tu belum tentu halal.. Kita bukan boleh percaya sangat dengan JAKIM ni, selagi negara kita tidak diperintah oleh PAS, Islam kat Malaysia ni tak boleh pakai," Bini Ramli mula menokok tambah, teringat pula dia pada syarahan panjang lebar Pak Long Mael tentang hala tuju negara Islam perjuangan parti ketaksubannya. Contoh yang diulang-ulang oleh Pak Long Mael diselang-seli dengan percikan air liurnya menyebabkan semuanya menjadi lekat di minda bini Ramli.
"Ahh... sudah. Makan-makan. Pizzalah, macam-macam. Masa ayah kecik dulu, nak makan lempeng pun tak mampu," Ramli membeliakkan mata. Anak-anak Ramli diam menikus.
*Tap*
Ramli buka TV.
"Ahh cerita misteri lagi," Ramli tutup TV apabila pembaca berita membaca berita tentang dapur gas yang dibeli dengan harga ratusan ringgit.
"Cepat makan. Esok hari Jumaat," sambung Ramli.
"Saya nak baca Yaasinlah," balas isteri Ramli.
Anak Ramli berkelip-kelip. Dua frasa ayat yang berbeza membuatkan mereka tidak faham.
Mata ramli juga turut berkelip-kelip, tetapi berbeza maksud. Ramli hampir pasti kalau alasan membaca Yaasin diberi oleh bininya, bermaksud melepaslah dia untuk beraktiviti kali ini. Dia teringat kata-kata Sudin, melakukan jimak sama macam berlari seratus meter. Ramli tak sanggup berlari seratus meter, tapi dia sanggup berjimak dua atau tiga kali. Dalam perkiraan matematiknya dia seolah-olah berlari sejauh 200 atau 300 meter, satu jarak yang agak jauh. Ramli menyeringai bila membayangkan dia berlari laju meninggalkan Sudin termengah-mengah di belakang. Sesuatu yang secara realiti tidak mungkin dapat dilakukannya keran Sudin raja pecut semasa zaman persekolahan dulu.
Ramli menghela nafas panjang. Sia-sia gambir Sarawak yang disapunya lepas maghrib tadi. Dia sudah mula terasa panas dan kebas-kebas. kebas yang akan menjadi sia-sia.
"Sia-sia," gerutu Ramli dalam hati.
Puas dia mengikut Cikgu Saad ke sana kemari semalam, semata-mata untuk dapatkan satu paket gambir Sarawak.
"Nak buat ubat sakit gigi," Ramli memberi alasan kepada Cikgu Saad yang baru sahaja pulang dari Miri.
Post a Comment