Suatu hari Imam Malik memberitahu anaknya, “Malam ini kita akan menerima seorang tetamu yang hebat,”
Anak Imam Malik teruja.
Anak Imam Malik teruja.
Malam menjelang. Tetamu Imam Malik pun tiba di rumah. Anak Imam Malik melihat segala kelakuan lelaki itu. Semua perlakuan tetamu itu diperhatikan. Sebab kata ayahnya, tetamu itu seorang yang hebat dalam ilmu agama. Dia mahu tahu, apakah kehebatan lelaki itu, sehingga dibangga-banggakan ayahnya. Namun, sepanjang penglihatannya, dia tidak dapat mencari kehebatan yang dikatakan ayahnya itu.
Esoknya, anak Imam Malik bertemu Imam Malik.
“Ayah kata, tetamu kita sangat hebat tapi saya lihat dia macam pelik dan tak hebat sangat pun,”
“Mengapa kamu berkata begitu? Tanya Imam Malik.
“Ayah kata, tetamu kita sangat hebat tapi saya lihat dia macam pelik dan tak hebat sangat pun,”
“Mengapa kamu berkata begitu? Tanya Imam Malik.
“Lihatlah cara dia makan. Dia makan dengan banyak. Bertambah makanan lagi. Sepatutnya sebagai tetamu, dia semestinya malu untuk makan banyak di hadapan tuan rumah. Dia juga terus masuk tidur. Kalau dia hebat dalam beragama, tentulah dia solat sunat dahulu. Solat taubat sebelum tidur, misalnya. Malah dia tidak bangun malam pun untuk bertahajud. Dan, yang paling peliknya dia terus solat Subuh tanpa mengambil air wuduk,” Anak Imam Malik menjelaskan kemusykilan dan keganjilan yang dilihatnya.
Kemudian, Imam Malik bertanya kepada tetamunya tentang perkara yang dikatakan anaknya itu.
Jawab tetamu itu; Aku makan dengan bersungguh kerana aku percaya makanan yang dihidangkan oleh kamu itu sangat bersih, terhindar daripada perkara syubhah, halal dan tiada keraguan dari sumber kamu memperoleh makanan itu. Aku terus masuk tidur kerana aku sangat letih. Pada siangnya, ramai yang bertanya tentang hukum hakam dan persoalan agama kepadaku. Aku tidak terus tidur, aku memikirkan dalil-dalil untuk menjawab persoalan tersebut. Kerana bagiku, dalil itu penting untuk menjawab soalan yang diberikan, bukannya menurut pendapat kita sahaja. Aku terus bersolat Subuh kerana aku masih dalam wuduk, iaitu wuduk Isyak aku masih belum batal,” jelas tetamu itu panjang lebar, tentang perkara yang dilakukannya.
Mendengar penjelasan tersebut, Imam Malik tersenyum dan faham. Dia akan memberitahu anaknya tentang perkara tersebut. Imam Malik begitu kagum dengan lelaki yang menjadi tetamunya itu.
Siapakah lelaki yang menjadi tetamu Iman Malik itu? Dialah Imam Syafie.
Nota MK Riza : Sedikit petikan daripada kuliah Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man di Masjid Al Azim Pandan Indah. Semoga ilmu yang ada dapat dikongsi bersama.
Nota MK Riza : Sedikit petikan daripada kuliah Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man di Masjid Al Azim Pandan Indah. Semoga ilmu yang ada dapat dikongsi bersama.
0 comments:
Post a Comment