Saya tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Rozaid A. Rahman dalam mstar tentang sikap ‘tidak apa’ masyarakat yang sedikit sebanyak menyumbang kepada tergugatnya keselamatan anak-anak kita. Bukan untuk menyalahkan, jauh sekali mengungkit, namun saya berasakan (seperti juga yang dilontarkan Rozaid) kematian Dirang yang tragis berpunca daripada sikap ini. Tahun-tahun sebelumnya, kisah Sharlinie, Nurin Jazlin ialah episod luka yang mempunyai plot yang sama. Tentang sikap kita.
Bandar, mengikut pengertian sejarah sering kali dihubungkaitkan dengan ketamadunan. Secara mudahnya, jika mahu mencari sesebuah ketamadunan lawatilah bandarnya. Ibnu Khaldun misalnya mendefinisikan kehidupan bandar sebagai kehidupan yang bertamadun. Kehidupan bandar melahirkan semangat assabiah atau kekitaan yang langsungnya mewujudkan semangat kerjasama dan saling menolong. Itu definisi yang ditulis Ibn Khaldun dalam karyanya Muqaddimah.
Relevankah definisi itu buat masa sekarang?
Bandar kini mewujudkan masyarakat assabiah yang lebih mementingkan diri sendiri dan bersikap individualisme. Pedulikan hal orang lain... jaga tepi kain sendiri.
Masyarakat kita pada hari ini, terutama yang tinggal di bandar-bandar masih dalam mimpi. Mereka berfikir, seolah-olah bandar sekarang ialah definisi Ibnu Khaldun yang lampau. Maka, lahirlah sikap tidak apa.
“Tidak apalah anak ke kedai sebentar,”
“Tidak apalah anak main di luar rumah,”
Sikap tidak apa ini berpunca daripada pemikiran ibu bapa yang masih berpegang kepada amalan kampung. Di kampung, anak-anak dibiarkan bermain di luar rumah. Tiada sesiapa yang risau. Jiran-jiran saling mengenal. Malah jiran juga diizinkan untuk memarahi atau menegur anak yang nakal.
Berbeza di bandar, kita sendiri pun tidak mengenal jiran-jiran sepenuhnya. Apatah lagi mahu mengharapkan jiran ‘menjaga’ anak-anak kita. Sewajarnya, bagi ibu bapa yang berfikir, membiarkan anak-anak bergelandangan di luar rumah atau ke kedai bersendirian ialah suatu tindakan tidak wajar.
Musuh ada di mana-mana. Manusia semakin gila. Makanya, ibu bapa patut melihat sekeliling sebagai ancaman kepada anak-anak. Ancaman kepada keselamatan, ancaman kepada moriliti anak, ancaman kepada akidah anak, dan juga ancaman kepada pemikiran anak.
Saya sendiri, pernah melihat anak-anak kecil dibiarkan bermain di luar pangsapuri PPR bersama kawan-kawan sedangkan waktu sudah jauh lewat malam. Rumah sempit? Mungkin itulah yang dilontarkan penghuni kediaman, namun adalah itu patut dijadikan alasan untuk membiarkan anak kita bersuka ria di luar rumah pada jam 11 malam. Adakah ibu bapa dapat mendengar jeritan anak sekiranya ada perkara buruk yang berlaku sedangkan ibu bapa berada di tingkat 15 dan anak bermain di tingkat bawah?
Biarlah anak menangis kerana kita tidak membenarkannya bermain di luar rumah daripada kita menangis kehilangannya.
Ahh... Tak apalah.